Master ( Ust ) Mohd Sopian bin Salleh
M.Princ ( Kepengetuaan ) UM,BA ( hons ) Syariah UM,
Dip.Ed ( UM ), Dip.Mgmt.Edu ( IAB ),Cert.NPQH ( IAB )
No. HP : 019-575 2563
Emel : mospian@yahoo.com
FB : mohd sopian salleh
Alignment & Balancing Diri
|
Jangan Pandang Belakang !
|
Pemulihan Aura Belajar
|
Motivasi Keibubapaan |
Rahsia Pelajar Super
|
Jangan Tak Tegur !
|
Aktifkan HotButton Anda
|
Dan Pelbagai Tajuk lain ; Dibincang
|
Program secara
in House Seminar / in House Training
Menyediakan pengalaman yang berbeza. Satu fenomena baru dalam penyampaian motivasi melalui kaedah bercerita dan bukannya ceramah demi ceramah yang selama ini menimbulkan tanggapan negatif, mual dan membosankan di kalangan pelajar.
Mengapa nasihat guru dan ibu bapa selama ini kurang berkesan ? Barangkali kita telah ‘Do the right thing but not at the right time.’ Ketika itu mereka tidak bersedia untuk mendengar dan menerima apa yang guru-guru dan ibu bapa ingin katakan. Itulah masalahnya... HATI BELUM TERUSIK, MINDA BELUM BERSEDIA. Berilah apa saja, sampaikanlah apa saja, semuanya menjadi sia-sia lantaran tidak mengenai Hot Button yang terdapat di hatinya. HotButton & Hati adalah 2 unsur yang mesti disatukan.
Program Motivasi Seni Sentuhan Hati ( MSSH ) dan Alignment & Balancing Diri ( A & B ) adalah 2 jenis modul sebagai satu ikhtiar untuk membimbing pelajar agar berada di track yang betul tepat pada masa. ‘Do the right thing at the right time.’ Keberkesanannya tidak dapat dilakarkan dengan kata-kata. Program ini dilihat sebagai satu kelainan dan keistimewaan kerana ia mampu mencampurkan berbagai tahap dan aras kebolehan pelajar. Kerana itulah impaknya adalah berbagai-bagai lantaran latar belakang mereka dan persoalan hitam putih kehidupan adalah berbeza-beza. Mereka akan digerakkan secara dalaman melihat diri mereka sendiri, kelebihan atau kekurangan. Mereka akan mengukur diri mereka sendiri, betul atau salah. Mereka sendiri yang merumuskan diri mereka. Di belakang kita, banyak perkara yang kita tidak tahu tentang mereka....
Lebih 760 buah sekolah / pakej / client telah menyertai program ini sejak ia mula dipopularkan pada tahun 2004. Sambutan hangat telah diterima sehinggakan beberapa buah sekolah yang menghubungi saya pada sesuatu tahun terpaksa akur mengambil tarikh di tahun berikut apabila didapati tarikh-tarikh yang telah ditempah sangat padat pada sesuatu tahun yang berkenaan.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Berilah mereka peluang ! Siapa sangka bahawa melalui program yang sekecil ini, kita telah menyelamat dan membina anak didik kita menjadi seseorang. Nur dan hidayah adalah hak Allah, kita hanya penunjuk jalan.
Apa yang saya cakap mungkin sama tetapi cara saya cakap pasti berbeza untuk kesan yang berbeza !
Mereka tidak perlu memperlekehkan diri sendiri. Walau apa pun pencapaian mereka sebelum ini, mereka berhak menjadi hebat…..
APALAH YANG HENDAK AKU KATAKAN……..
Apalah yang hendak aku katakan lagi…..
Setelah melihat anak didikku
Menanggalkan rantai pada leher jantan mereka
Menanggalkan subang pada telinga jantan mereka
Sambil menitis air mata………..
Terisak-isak memeluk daku…..
Maafkan saya, maafkan saya ustaz !
Apalah yang hendak aku katakan lagi………
Setelah mendapati anak didikku
Solat tidak perlu bertunggu
Belajar tidak perlu bersuruh
Tiada lagi lepak di anak tangga
Tiada lagi rasa hendak berpoya
Hari-hari dilalui perlu bergegas.
Apalah yang hendak aku katakan lagi………
Setelah melihat titisan jernih anak didikku
17 tahun tidak pernah bersalam cium tangan ayah dan ibu
Tetapi hari ini mencium pipi ayah dan ibu
Berpelukan semarak kasih
Mengamit kembali ikrar dan janji
Ingin menjadi anak berbakti
Apalah yang hendak aku katakan lagi……..
Tatkala melihat linangan mata Sang ibu
Menguntum senyum dalam sendu…
Hati penuh kepiluan
Seakan anak yang hilang kembali ke pangkuan
Lafaznya diucap sebak dadaku…..terima kasih ustaz !
Apalah yang hendak aku katakan lagi
Lesu ku tukar cergas
Nanar ku tukar jinak
Malas ku tukar rajin
Mereka melangkah tanpa menoleh lagi
Apa yang hendak aku katakan lagi
Andai namaku menjadi idola dan sebutan
Setiap anak didiku
Hanya kem yang sekecil ini
Dengan inayah dan kehendak Allah
Rupanya lahir insan berjiwa besar
Aku akan setia berbakti
Untuk setiap anak bangsaku
Agar tangisan hari ini, bukan tangisan di kemudian hari.
Tiada apa lagi yang hendak aku katakan
Titik.
Mohd Sopian Salleh 1994

|