Konsultan Villa Hati
 


                                    

LATAR BELAKANG KELAHIRAN

Master ( Ust ) Mohd Sopian bin Salleh.

Master ( Ust ) Mohd Sopian bin Salleh merupakan kelahiran Felda Jerangau, Terengganu pada 15 Januari 1968. Banyak perkara dan keadaan dalam meniti liku-liku kehidupan, beliau kelihatannya lebih berdikari dan mendahului usia berbanding rakan-rakan lain yang seusianya. Banyak kesukaran semenjak kecil merupakan pengalaman yang sangat berharga sehingga muncul sebagai seorang yang berjaya dan wajar sekali sekalian ramai pelajar sepatutnya mendengar ungkapan-ungkapan beliau yang dari sudut nilai ia berupa EMAS yang sangat berharga sebagai pengajaran dalam kehidupan.

Beliau bukanlah menyampaikan motivasi sekadar membaca power point, tetapi penuh dengan semangat, emosi dan gaya yang tersendiri. Keupayaan mengubah tanggapan negatif terhadap diri sendiri merupakan kekuatan dalam penyampaian beliau yang lebih bersifat kaedah bercerita.

Kata beliau ; Orang yang hari-hari pergi memancing, tiba-tiba mendapat ikan yang besar memanglah hebat. Tetapi kenapa kita seringkali terlepas pandang kepada orang yang tidak pernah pergi memancing tiba-tiba mendapat ikan yang kecil : Bukankah orang ini juga hebat ?

Apa yang beliau cakap mungkin sama, tapi cara beliau cakap pasti berbeza !

Beliau cakap, beliau buat...

1. Dalam pelajaran … akhirnya sampai ke peringkat Sarjana ( MA Kepengetuaan )

2. Dalam sukan…. mewakili sekolah semenjak tingkatan 1 dalam bolasepak, badminton dan olahraga larian jarak jauh. Malah pernah dilantik sebagai KETUA SUKAN Sekolah semasa Tingkatan 2.

3. Dalam Kepimpinan…. Sejak tingkatan 1 menjadi pengawas sekolah. Malah beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Tingkatan 6 KUSZA dan Presiden Kelab Pengajian Islam Universiti Malaya.

4. Dalam Kerjaya…. 17 tahun berkhidmat dengan cemerlang sebagai guru. Prestasi beliau sudah tentulah tip-top, kalau tidak mana mungkin beliau terpilih untuk menyambung pelajaran beliau ke peringkat sarjana dengan bergaji penuh dan berbiasiswa penuh. Sudah tentu markah prestasi beliau tip-top. Selain dari itu beliau juga aktif dilantik sebagai Jurulatih Utama KPM dan juga JPN Perak.

5. Apabila beliau bergiat dalam bisnes…. Tengoklah, mula-mula beliau bergiat secara part time. Dalam pada sedang part time itulah, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Agensi eTiQa Takaful. 

6. Apabila beliau bergiat dalam motivasi….. Apakah testimoni terbaik untuk kita menilai tentang beliau dalam kerjaya ini ? Jangan tidak sedar, bahawa pengakuan-pengakuan yang dirakam bukanlah testimoni terbaik. Siapa-siapa pun boleh merakam dan menulis untuk membuat pengakuan tentang apa-apa sahaja.

Apakah testimoni terbaik ? Apakah objek terbaik untuk dijadikan penanda aras terhadap kepakaran beliau dalam bidang menyampaikan motivasi ?

JAWAPANNYA IALAH

LIHATLAH SENARAI TEMPAHAN TERHADAP BELIAU PADA SESUATU TAHUN DAN LIHATLAH SENARAI CLIENT BELIAU SECARA KESELURUHAN !

Sudah tentu banyak perkara yang akan memberi impak kepada pelajar apabila mendengar  beliau berceloteh. Kekuatan beliau ; Pengalaman 17 tahun sebagai Guru Pendidikan Islam dan 13 tahun sebagai Ketua Guru Disiplin serta pergaulan yang luas dengan para kaunselor pelajar ( GBK ) seluruh negara merupakan gabungan 3 unsur yang tiada pada orang lain. Sediakanlah seribu pelajar di hadapan beliau, pasti beliau mampu mengawalnya seorang diri tanpa ada pembantu yang perlu metenteramkan pelajar… Beliau akan paksa mereka dengar  dan lihat dengan cara penyampaian beliau yang disuaikan dengan aras pelajar.

 
 


 
 
 

      

Penafian :  Konsultan Villa Hati  tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.