Konsultan Villa Hati
 


 


Latar Belakang Keusahawanan :
eTiQa Takaful.


Master ( Ust ) Mohd Sopian bin Salleh

Jawatan : Pengarah Agensi Kumpulan.
eTiQa Takaful Berhad.




 

1992 – Sewaktu saya bertugas sebagai guru sandaran di SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor : Saya mula diperkenalkan dengan satu skim simpanan dan perlindungan oleh Encik Teow Chin Yen daripada Syarikat The Great Eastern Life. Saya memahami dan menghayati isi kandungan polisi yang dibeli yang menawarkan perlindungan RM50,000 dengan premium bulanan RM87.70. 
 
1994 – Sewaktu saya sedang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma Pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, saya menduduki Peperiksaan Khas yang dikendalikan oleh Malaysian Insurans Institute ( MII ) untuk melayakkan saya menjadi seorang agent Insurans. 
 
1994 – Tiba-tiba saya dipostingkan sebagai guru di Tawau, Sabah sedangkan Leader The Great Eastern Life yang menguruskan peperiksaan untuk saya berpejabat di Kuala Lumpur. Hasrat saya untuk menjadi agent Insurans secara part time terpaksa diabaikan. 
 
1995 – Di Tawau, saya bertemu dengan seorang Group Sales Manager ( GSM ) syarikat The Great Eastern Life iaitu Encik Kho Siang Kit. Melalui perbincangan beliau akhirnya dapat membantu saya mendapatkan salinan sijil kelulusan peperiksaan yang saya duduki di Kuala Lumpur tersebut dan selepas itu beliau menguruskan permohonan saya untuk menjadi agent insurans bagi The Great Eastern Life secara part time. 
 
1996 – Saya muncul sebagai top 10 Group GSM Kho Siang Kit. Walau pun berada di tempat yang ke 9, saya berasa bangga sebab saya merupakan satu-satunya agent MELAYU yang tersenarai dalam top 10. 
 
1999 – Kerjaya guru saya memerlukan saya bertukar dari Tawau Sabah ke Perak. Pada masa ini juga era takaful mula melanda Negara dengan kemunculan 2 buah syarikat takaful pada masa itu iaitu Takaful Malaysia dan Takaful Nasional. Bisnes insurans The Great Eastern Life saya kian merosot dan komisen kian menurun.
 
2003 – Saya telah buat keputusan drastik untuk diri saya kerana mencari rezeki yang halal dan kerana memartabatkan muamalat Islam, iaitu saya berhijrah dari syarikat The Great Eastern Life kepada Syarikat Takaful Nasional ( sekarang dikenali eTiQa Takaful ). Saya mengabaikan segala komisen saya di TGEL dan bermula dari kosong semula di TN.
 
2005 – Usaha yang gigih, tabah dan matlamat yang jelas pasti akan membuahkan hasil. Apa yang kita semai itulah yang kita tuai. Dalam tempoh 2 tahun sahaja saya Berjaya mencapai tahap Pengarah Agensi. Bulan Mei 2005 saya dimurahkan rezeki oleh Allah dengan 3 perkara ;

      1.   Bidang keusahawanan ; Saya dilantik sebagai Pengarah Agensi.

2. Bidang Keguruan ; Saya terpilih sambung belajar ( bergaji penuh +  biasiswa penuh ) ke peringkat MA Kepengetuaan.

3.   Dalam bidang Motivasi ; Tempahan terhadap saya meletup-letup

 
2011 – Saya meletak jawatan sebagai guru ( Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ) dan menumpuhkan sepenuh perhatian kepada tugas sebagai Pengarah Agensi Kumpulan eTiQa Takaful dan Pengarah serta Motivator Utama Konsultan Villa Hati.
 
2014 - Saya mencapai tahap tertinggi dalam eTiQa Takaful sebagai Pengarah Agensi Kumpulan.




Pejabat operasi sekarang ialah ;


MSG Agency
( Mohd Sopian Group Agency )
 eTiQa Takaful Berhad,
No. 129, Tingkat Atas, Persiaran PM/3,
Pusat Bandar Seri Manjung
32040 Seri Manjung,
Perak.
Tel & Fax : 056886436 / 019-575 2563
 
Sesiapa yang ingin menyertai kami sebagai agent Takaful silakan...

     

     
     




 
 
 


 
 
 

      

Penafian :  Konsultan Villa Hati  tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.